LONDON: David Silva akan menyertai Lazio dengan kontrak tiga tahun selepas menamatkan saingan Liga Juara-Juara bersama Manchester City.
Pemain tengah itu meninggalkan Stadium Etihad sebagai legenda dengan merangkul empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan lima Piala Liga.
Dia sudah menjaringkan serta membantu mencipta lebih 200 gol buat city selepas menyertai kelab itu dari Valencia pada 2010.
Pemain Sepanyol itu dimasukkan sebagai gantian ketika menang 2-1 ke atas Real Madrid bagi menetapkan pertemuan suku akhir bersama Lyon.
Silva, 34, yakin mampu beraksi di peringkat tertinggi untuk sekurang-kurangnya lima tahun lagi.
Laporan menyatakan, Lazio memberi jaminan jangka panjang bagi mengekalkannya di Stadio Olimpico sehingga 2023.
“Mereka (Lazio) menghormati saya dan itu sangat penting buat saya.
“Saya sangat gembira dengan semua ini.
“Saya mahu ucapkan terima kasih keapda semua kerana memudahkan kehidupan saya sepanjang berada di sini,” katanya.-AGENSI