Sevilla kecewakan United - Utusan Malaysia

Sevilla kecewakan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOGNE, Jerman: Sevilla bangkit dari ketinggalan untuk mara ke final Liga Europa selepas menewaskan Manchester United 2-1 di Stadium Rhein Energie awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer terlebih dulu di depan menerusi penalti Bruno Fernandes pada minit kesembilan namun dua gol daripada Suso dan Luuk de Jong dalam setiap babak membawa pasukan La Liga itu mara ke final.

Kekalahan United menyaksikan mereka buat kali pertama sejak 1980 gagal meraih trofi dalam tiga musim berturut-turut.

Red Devils yang telah mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan dengan menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris musim ini akan menikmati tempoh rehat singkat sebelum liga kembali bermula bulan depan.

Dalam aksi itu, United berjaya mencipta beberapa peluang terbaik pada babak pertama namun gagal menyudahkan dalam bentuk jaringan.

Tiga kekalahan dalam separuh akhir musim ini mendedahkan banyak perlu dilakukan Solskjaer untuk kembali membawa United ke zaman kegemilangan mereka.

Sevilla menang 25 daripada 26 perlawanan terakhir kalah mati Liga Europa dan akan memburu kejuaraan keenam.

Mereka akan menentang Inter Milan atau Shakhtar Donetsk dalam final 21 Ogos nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya