Sevilla juara Europa kali keenam - Utusan Malaysia

Sevilla juara Europa kali keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOGNE: Sevilla merangkul kejuaraan Liga Europa keenam selepas menewaskan Inter Milan 3-2 dalam perlawanan akhir yang sengit awal pagi tadi.

Diego Carlos muncul wira pasukannya selepas sepakan guntingnya terkena kaki Romelu Lukaku sebelum menerjah gawang untuk gol kemenangan pada minit ke-74.

Perlawanan di Stadium RheinEnergie itu menyajikan aksi menarik apabila kedua-dua saling membalas serangan sejak awal permainan.

Lukaku meletakkan Inter di depan seawal minit kelima selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Luuk De Jong bagaimanapun tidak menunggu lama untuk memastikan Sevilla kembali di depan apabila menanduk dua gol pada minit ke-12 dan 33.

Diego Godin menjadikan persaingan semakin menarik apabila menjadikan kedudukan 2-2, tiga minit kemudian.

Memasuki babak kedua, Sevilla mengatur serangan bertali arus sebelum akhirnya meraih gol kemenangan ketika permainan berbaki 16 minit untuk ditamatkan.

Kelab Sepanyol tersebut muncul pasukan paling banyak menjuarai kejohanan kelas kedua Eropah itu selepas turut muncul juara pada 2006, 2007, 2014, 2015 dan 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya