Setien dipecat Barca hari ini? - Utusan Malaysia

Setien dipecat Barca hari ini?

QUIQUE SETIEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pengurusan tertinggi Barcelona akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini selepas kekalahan memalukan 8-2 pada suku akhir Liga Juara-Juara kepada Bayern Munich, kata sumber kelab dengan keputusan utama mengenai masa depan jurulatih Quique Setien di kelab.

“Presiden (Josep Maria Bartomeu) memanggil mesyuarat jawatankuasa eksekutif tergempar yang akan diadakan pada permulaan minggu depan, mungkin Isnin,” kata akhbar sukan Mundo Deportivo.

Sumber kelab mengesahkan mesyuarat akan berlangsung hari ini tanpa menyatakan masa tetapi RAC1 mendakwa ia akan bermula pukul 11 pagi waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia).

“Jawatankuasa pengurusan akan bermesyuarat esok, (jurulatih Quique) Setien akan dipecat dan tarikh akan ditentukan untuk pemilihan presiden,” lapor harian Catalan, L’Esportiu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya