'Selamat tinggal Stamford Bridge' - Utusan Malaysia

‘Selamat tinggal Stamford Bridge’

WILLIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas mengharungi tujuh tahun yang membanggakan di Stamford Bridge, Willian akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Chelsea menerusi surat terbuka buat penyokong yang dimuat naik dalam media sosial hari ini.

Pemain sayap Brazil berusia 32 tahun itu semakin menghampiri Arsenal selepas gagal mencapai persetujuan kontrak baharu dengan Blues.

Pada 2013, Willian menolak tawaran Tottenham untuk memilih Chelsea dan melengkapkan perpindahan bernilai 30 juta pound (RM164.57 juta) dari kelab Russia, Anzhi Makhachkala.

Dia menjaringkan 63 gol dalam 339 penampilan bersama Blues, malah membantu mereka merangkul lima trofi, dua gelaran Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa.

Bagaimanapun kecederaan pergelangan kaki menghalang Willians beraksi dalam final Piala FA ketika Chelsea tewas 1-2 kepada Arsenal, 2 Ogos lalu.

Dia juga diketepikan akibat kecederaan ketika pasukan itu tumpas 1-4 kepada Bayern Munich dalam peringkat kedua, pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara kelmarin.

“Masanya sudah tiba untuk saya meneruskannya. Saya pasti akan merindui rakan sepasukan.

“Saya akan merindui semua staf di kelab yang sentiasa melayan saya seperti anak sendiri dan saya akan merindui penyokong.

“Saya akan meninggalkan kelab dengan rasa bangga selepas menang banyak piala di sini. Saya sentiasa melakukan yang terbaik apabila menyarung jersi Chelsea,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya