PSG pahat sejarah mara ke final - Utusan Malaysia

PSG pahat sejarah mara ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Paris Saint-Germain (PSG) akhirnya memenuhi status elit Eropah apabila mara ke final Liga Juara-Juara buat julung kali selepas menumpaskan RB Leipzig 3-0 di Lisbon awal pagi tadi.

Kemenangan diraih juara Ligue 1 itu hasil jaringan Marquinhos, Angel Di Maria dan Juan Bernat.

Biarpun tidak mencetak nama sebagai penjaring, Neymar memainkan peranan penting apabila melakukan dua bantuan gol buat Marquinhos dan Di Maria untuk meletakkan PSG selesa mendahului 2-0 pada babak pertama.

Jaringan Bernat pada separuh masa kedua memastikan gergasi bola sepak Perancis itu mara penuh bergaya, selain mematikan semangat Leipzig untuk bangkit melawan.

“Kami mahu mencipta sejarah dan kami berjaya melakukannya.

“Jika kami meneruskan permainan hari ini, ia akan membantu di final nanti (menjulang piala),” kata Di Maria.

Sementara itu, presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi berkata, kelabnya berhak berada di final kelab elit Eropah.

“Sejarah tercipta malam ini, PSG layak buat pertama kali ke final. Pasukan menampilkan permainan sempurna, saya sangat bangga dengan semua.

“Kami tidak mahu pulang ke Paris kerana ingin terus berada di Lisbon. Ini adalah impian PSG.

“Saya harap ia akan diteruskan kerana kami memang layak untuk berada di sini,” katanya kepada RMC Sport.

Lawan menanti PSG di final yang akan berlangsung Ahad ini, akan ditentukan dalam satu lagi aksi separuh akhir awal pagi esok di antara Bayern Munich dan Lyon.

PSG yang dibimbing Thomas Tuchel adalah kelab Perancis pertama mara ke final kejohanan elit Eropah itu sejak Monaco pada 2004. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya