PSG juara treble kali keempat - Utusan Malaysia

PSG juara treble kali keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) melengkapkan treble domestik mereka selepas menjulang Piala Liga Perancis, awal pagi tadi.

Pablo Sarabia menyempurnakan tendangan terakhir ketika membantu PSG menumpaskan Lyon menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas perlawanan berkesudahan 0-0.

Kemenangan itu hadir seminggu selepas PSG menjulang Piala Perancis dengan menewaskan Saint-Etienne 1-0 dalam perlawanan akhir.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel sebelum itu turut dinobatkan sebagai juara Ligue 1 yang dipendekkan saingan akibat pandemik Covid-19.

Ketiadaan Kylian Mbappe yang cedera buku lali jelas menjejaskan ketajaman barisan depan PSG.

“Kami terseksa tetapi akhirnya menang juga. Kami akan meraikannya dan esok kami akan mula memikirkan tentang satu lagi perlawanan besar,” kata pemain tengah PSG, Marco Verratti.

Ini adalah treble keempat dalam tempoh enam tahun buat kelab gergasi Perancis yang dimiliki jutawan Qatar itu.

Ia juga adalah kejuaraan terakhir Piala Liga Perancis yang akan dimansuhkan bermula musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya