Pjanic positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Pjanic positif Covid-19

MIRALEM PJANIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Barcelona mengesahkan pemain baharu mereka, Miralem Pjanic disahkan positif Covid-19.

Pjanic yang berhijrah ke Barca dari Juventus sebagai daripada persetujuan Jun lalu, dengan pemain kebangsaan Brazil, Arthur menyertai kelab gergasi Itali itu.

Ketika Arthur telah diketepikan bagi baki musim lepas bersama Barcelona, Pjanic melengkapkan saingan bersama Juve dan dijangka bersama The Catalan selepas ini.

Bagaimanapun, Barca telah mengumumkan pemain berusia 30 tahun itu akan menyertai pasukan selepas 15 hari selepas dia disahkan positif Covid-19.

“Pjanic telah menjalani ujian Covic-19 Sabtu lalu, 22 Ogos mengalami ketidakselesaan. Pemain itu berada dalam tahap kesihatan yang baik dan kini menjalani kuarantin di rumah.

“Disebabkan perkara itu, Pjanic tidak akan hadir ke kem Barcelona sehingga berakhir tempoh kuarantin selama 15 hari untuk menyertai Barca.” menurut kenyatan yang dikeluarkan kelab.

Pjanic meninggalkan Juve selepas menjuarai empat gelaran Serie A dan dua trofi Coppa Italia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN