Pirlo ‘tendang’ Higuain, Khedira - Utusan Malaysia

Pirlo ‘tendang’ Higuain, Khedira

GONZALO Higuain (duduk) dan Sami Khedira berada dalam senarai ‘tidak dikehendaki’ oleh pengurus baharu Juventus, Andrea Pirlo. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Revolusi Juventus di bawah rejim Andrea Pirlo sudah memasuki gear satu apabila bos baharu juara Itali itu mahu menendang keluar Gonzalo Higuain dan Sami Khedira.

Pirlo langsung tidak me­nunjukkan belas kasihan sebaik sahaja masuk menggantikan Maurizio Sarri awal bulan ini.

Biarpun belum pernah ­me­nguruskan pasukan utama dan baru sembilan hari dilantik menjadi jurulatih skuad bawah 23 Juventus tetapi Pirlo sudah memulakan langkah besar.

Legenda Juventus itu juga melepaskan bintang tengah Pe­rancis, Blaise Matuidi.

Menurut pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano, Juventus sedang berunding dengan Higuain dan Khedira berhubung pampasan kerana mereka masih memiliki kontrak.

Masa depan Aaron Ramsey juga tidak selamat kerana ­Pirlo mahu mengurangkan beban kewangan.

Bekas bintang sayap Arsenal itu dikatakan menerima gaji ­tinggi mencecah 400,000 pound (RM2.18 juta) seminggu.

Sarri dipecat biarpun berjaya membawa Juventus menjulang kejuaraan Serie A kesembilan berturut-turut selepas pasukan itu tersingkir pada peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara.

Matuidi sudah pun berlepas ke Amerika Syarikat (AS) untuk beraksi buat kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) milik David Beckham, Inter Miami. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya