Penamat yang amat kejam! - Utusan Malaysia

Penamat yang amat kejam!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Disingkirkan daripada Liga Juara-Juara ketika di ambang kemenangan adalah pengakhiran yang sangat kejam, kata jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini.

Kelab Itali itu hanya menunggu masa untuk meraikan sejarah baharu selepas mendahului 1-0 ketika permainan memasuki minit ke-89.

Begitupun jaringan Marquinhos seminit sebelum tamat waktu sebenar perlawanan, diikuti gol Eric Choupo-Moting dalam waktu kecederaan menghadiahkan kemenangan 2-1 buat Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.

“Saya akui amat kecewa kerana kami sangat hampir (ke separuh akhir). Pada awalnya seperti kami akan melakar pencapaian hebat.

“Namun, kami perlu jadikan ini sebagai pengajaran. Paling utama, kami telah menunjukkan peningkatan dalam saingan Liga Juara-Juara,” kata Gasperini.

Kekalahan di tangan PSG itu disifatkan penamat sangat kejam buat Atalanta selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim ini.

Atalanta menamatkan saingan Serie A di tangga ketiga untuk musim kedua berturut-turut dan merekodkan 98 gol dalam liga utama Itali itu.

Kata Gasperini, kemasukan Kylian Mbappe pada babak kedua telah merubah permainan PSG yang tampil lebih bertenaga.

“Apabila Mbappe masuk dan bergandingan dengan Neymar, corak permainan PSG mula berubah. Kemasukannya memberi tenaga buat PSG yang sebelum itu hampir tewas,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya