Ozil pentingkan diri - Utusan Malaysia

Ozil pentingkan diri

MESUT OZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tindakan Mesut Ozil tidak menghadiri final Piala FA menentang Chelsea, Sabtu lalu menerima kecaman bekas bintang Arsenal, Perry Groves yang menyifatkan pemain itu ‘mementingkan diri sendiri’.

Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Chelsea 2-1 di Wembley, berterima kasih kepada dua jaringan ketua pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang.

Ozil bukan sahaja tidak hadir ke stadium untuk menonton perlawanan, malah berada di Turki ketika ia berlangsung.

Bintang tengah Jerman itu menikmati gaji 350,000 pound (RM1.94 bilion) seminggu tetapi dia tiada dalam skuad Mikel Arteta sejak Liga Perdana Inggeris yang terhenti akibat Covid-19 bersambung, Jun lalu.

“Baik lupakan Ozil. Dia langsung tidak pedulikan Arsenal, dia hanya fikir tentang diri sendiri.

“Kalau saya di tempatnya, sudah tentu saya tidak mahu rakan-rakan sepasukan menganggap saya mementingkan diri sendiri. Saya nak tahu apa yang dibuat bersama Arsenal.

“Kalau saya rakan sepasukannya…Dia ingin menerima mesej atau WhasApp daripadanya, faham apa yang cuba saya sampaikan?

“Kalau kamu tidak peduli tentang kami, jangan berpura-pura seolah-olah kamu ambil berat,” kata Groves kepada TalkSPORT. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya