Ozil dedah dua sifat 'buruk' Arsenal - Utusan Malaysia

Ozil dedah dua sifat ‘buruk’ Arsenal

MESUT OZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang Jerman, Mesut Ozil yang memilih mengunci mulut sebelum ini, akhirnya hilang sabar dengan layanan Arsenal terhadap dirinya apabila mendedahkan dua perkara tentang kelab itu.

Isu pertama melibatkan pemotongan gaji dan keduanya adalah pendirian Arsenal berkaitan etnik Uighur.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama The Athletic, Ozil mengkritik Arsenal yang tidak menyokongnya ketika dia bersuara secara peribadi tentang layanan China kepada etnik Uighur beragama Islam.

Namun apa yang membuatkan dia kecewa, Arsenal tidak mahu dikaitkan dengan kenyataan yang dikeluarkannya.

Bagaimanapun timbul persoalan apabila Arsenal menjadi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) paling lantang memperjuangkan kempen Black Lives Matter yang menurut Ozil sama dengan apa yang diperjuangkan untuk etnik Uighur.

“Saya sudah banyak berjasa kepada Arsenal di dalam dan luar padang, jadi reaksi kelab sangat mengecewakan,” katanya.

Dalam pada itu, berkaitan isu pemotongan gaji pemain ketika pandemik Covid-19, Ozil menyifatkan Arsenal mengendalikan situasi itu dengan ‘teruk’ termasuk memberhentikan 55 kakitangan mereka baru-baru ini.

“Sebagai pemain kita semua mahu menyumbang tapi kita perlu tahu lebih banyak informasi dan banyak persoalan yang tak dijawab.

“Saya tiada masalah jika gaji dipotong lebih besar daripada yang lain, jika itu diperlukan sehingga situasi bola sepak kembali pulih, namun mengejut mereka mahu memotong gaji kami tanpa ada perbincangan yang lebih jelas.

“Kami hanya diminta membuat keputusan penting ini dengan segera dan tekanannya sangat tinggi,” jelas Ozil.

Tambah bintang berusia 31 tahun ini, situasi itu tidak adil terutama sekali kepada barisan pemain muda.

“Orang yang kenal saya tahu bagaimana pemurahnya saya untuk melakukan kebajikan. Setahu saya, ada pemain lain selain saya yang turut menolak pemotongan gaji tapi kenapa cuma nama saya yang keluar?

“Saya rasa ada pihak yang mencuba selama dua tahun ini untuk hancurkan nama dan buat saya kecewa, selain menghasut penyokong untuk menentang saya dengan menggambarkan imej yang tidak benar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya