Neymar tinggalkan padang dengan air mata - Utusan Malaysia

Neymar tinggalkan padang dengan air mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar mengalirkan air mata ketika keluar dari padang selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Bayern Munich dalam final Liga Juara-Juara di Lisbon sebentar tadi.

Harapan juara Ligue 1 itu dirobek Kingsley Coman yang menanduk gol tunggal kemenangan Bayern pada minit ke-59.

Pemain Brazil itu yang diberi kepercayaan untuk beraksi sepenuh masa mempunyai peluang keemasan untuk meletakkan PSG terlebih dahulu di depan, namun berjaya dinafikan penjaga gol berpengalaman Bayern, Manuel Neuer.

Ia meninggalkan kesan mendalam buat bintang tersebut apabila hanya berupaya memahat satu kejayaan Liga Juara-Juara, yang ketika itu diraih bersama Barcelona selepas menundukkan Juventus 3-1 pada 2015.

NEYMAR sebak gagal membantu PSG muncul juara Eropah.

Dia meninggalkan skuad Catalan untuk menyertai PSG pada 2017 menerusi rekod perpindahan dunia, dengan harapan dapat membantu kelab Perancis itu menjulang trofi Liga Juara-Juara suatu hari nanti.

Biarpun dilabel sebagai pemain ‘nakal’, namun Neymar diberi pujian akhir-akhir ini apabila dilihat lebih matang dan fokus terhadap permainan.

Pengkritik percaya, sudah memberikan yang terbaik untuk pasukan PSG. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya