Neymar silap ucap tahniah - Utusan Malaysia

Neymar silap ucap tahniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Neymar tidak bernasib baik apabila kesilapan ejaan yang dilakukan dalam media sosial menyebabkan dia menjadi ‘bahan’ netizen.

Semalam, pasukannya Paris Saint-Germain (PSG) kalah 0-1 kepada Bayern Munich dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Kekalahan itu mencetuskan rusuhan penyokong di Paris, malah PSG terus kempunan merangkul kejuaraan Eropah selepas berbelanja berbilion ringgit.

Penyerang Brazil itu yang amat beremosi menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan, malangnya kesilapan ejaan memburukkan keadaan.

“Kalah adalah sebahagian daripada sukan, kita sudah cuba segala-galanya dan berjuang hingga ke akhir.

“Terima kasih atas sokongan anda dan kasih sayang setiap daripada kamu.TAHNIAH kepada BAYER,” tulis Neymar dalam Twitter.

Bayer adalah singkatan nama kepada musuh ketat Bayern, Bayer Leverkusen.

Bayer membalas status Neymar dengan usikan: “Obrigado @neymarjr. Saya tidak tahu mengapa kamu mengucapkan tahniah kerana saya sedang bercuti. Apa pun, terima kasih.” -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN