Nasib tidak menyebelahi United- Maguire - Utusan Malaysia

Nasib tidak menyebelahi United- Maguire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOGNE, Jerman: Pertahanan Manchester United, Harry Maguire percaya nasib tidak menyebelahi mereka selepas tewas 2-1 kepada Sevilla dalam separuh akhir Liga Europa awal pagi tadi.

Tegasnya, United lebih banyak mencipta peluang berbanding pasukan Sevilla dan dia kecewa kerana gagal buat kali ketiga di peringkat separuh akhir musim ini.

“Pemain kecewa, kami mencipta banyak peluang. Pasukan terbaik juga kalah dan mereka menghukum kami kerana tidak memanfaatkan peluang.

“Secara jujur mereka tidak mencipta banyak peluang. Kami bekerja keras dan berhak menang serta mara.

“Kami gagal pada separuh akhir tiga kali tahun ini.

“Kekalahan ini tidak boleh diterima, tamat di separuh akhir tidak boleh terima kerana tempat sepatutnya di pentas akhir,” kata Maguire kepada BT Sport.

Penalti pada minit kesembilan Bruno Fernandes disamakan menerusi jaringan Suso, sebelum pemain gantian Luuk De Jong meledakan gol kemenangan untuk juara lima kali Liga Europa, Sevilla.

“Kami mahu menang kejuaraan secepat mungkin. Malam ini kami bermain dan pasukan terbaik tewas.

“Mungkin kurang pengalaman memberi kesan kepada kami dan sepatutnya gol kedua itu tidak harus dilepaskan,” tambahnya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya