Nasib Setien diumum minggu depan - Utusan Malaysia

Nasib Setien diumum minggu depan

QUIQUE SETIEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengesahkan, kelab itu akan mengumumkan ‘keputusan penting’ minggu depan selepas dimalukan 8-2 oleh Bayern Munich dalam suku akhir Liga Juara-Juara, hari ini.

Barcelona mengalami kekalahan terburuk sejak 1952, keputusan yang dijangka membawa kepada pemecatan pengurus pasukan, Quique Setien.

“Ia malam yang amat..amat sukar. Saya minta maaf kepada penyokong dan semua ahli, kepada pemain…semua orang.

“Kami tidak beraksi seperti sepatutnya.

“Ada beberapa keputusan yang kami sudah buat, dan ada yang hanya akan dibuat dalam masa beberapa hari ini.

“Semua akan diumumkan minggu depan, jadi buat masa ini saya minta semua bertenang,” kata Bartomeu dalam laman web rasmi kelab hari ini.

Kata Bartomeu lagi, Bayern bermain baik dan berhak melangkah ke separuh akhir, sedangkan pasukannya gagal memberi saingan terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya