Mohamad Norza dapat gelaran Tan Sri - Utusan Malaysia

Mohamad Norza dapat gelaran Tan Sri

MOHAMAD NORZA ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Mohamad Norza, 54, yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada 2016.

Beliau juga menerima Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 2015.

Mohamad Norza menggalas jawatan Presiden BAM bermula 2017 menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang berundur kerana faktor kesihatan.

Antara kejayaan terbesarnya bersama BAM adalah membawa Malaysia memenangi tiga pingat perak Sukan Olimpik 2018 di Rio de Janeiro menerusi Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).

Pada 2018, beliau dilantik sebagai Presiden MOM menggantikan Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar dan turut memegang jawatan Presiden Majlis Sukan Komanwel Malaysia.

Mohamad Norza juga pernah menggalas jawatan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN).

Begitupun pencapaian terbesar tokoh sukan tersebut adalah mengetuai kontinjen Malaysia membawa pulang 62 pingat emas dalam Sukan SEA 2015 di Singapura.

Malaysia hanya meletakkan sasaran 48 emas pada temasya berkenaan dan meraih 62 emas dianggap pencapaian gemilang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya