Messi tinggalkan kemewahan di Barcelona - Utusan Malaysia

Messi tinggalkan kemewahan di Barcelona

Sektor pelancongan yang sebelum ini antara penyumbang utama pendapatan negara, terjejas teruk disebabkan Covid-19. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang sensasi Argentina, Lionel Messi bukan setakat meninggalkan nama dan sejarah bersama skuad Catalan, bahkan ‘mewariskan’ kesemua aset yang dibinanya selama 20 tahun kepada Sepanyol setelah dilaporkan ingin berpindah.

Messi berhijrah ke Barcelona sejak berusia 13 tahun dan memenangi anugerah Ballon d’Or pertama ketika berusia 22 tahun, selain pelbagai pencapaian berprestij sudah dikecapi bersama Catalan.

Antara aset yang akan ditinggalkan penyerang itu adalah kediaman mewahnya yang menghadap pantai di Castelldefels bernilai 5.5 juta pound (RM30.6 juta).

Dengan hanya kira-kira 20 kilometer (km) dari Camp Nou, rumah Messi dilengkapi padang bola sepak kecil, kolam renang, gimnasium dan taman permainan untuk tiga orang anak, Thiago, Mateo dan Ciro yang kesemuanya lahir di
Sepanyol.

MESSI adalah pemilik Hotel MiM Sitges.

Messi juga memiliki hotel empat bintang, Hotel MiM Sitges yang terletak 100 meter dari pantai bernilai 26 juta pound (RM145 juta).

Dengan kekayaan bernilai 310 juta pound (RM1.7 bilion), dia boleh membawa keretanya ke mana-mana negara yang diingini.

Messi pernah memandu pelbagai kereta mewah Pagani Zonda, Maserati GranTurismo S dan GranTurismo MC Stradale, Ferrari F43 Spider dan Audi yang kesemuanya mencecah 3 juta pound (RM17 juta).

Barcelona juga berbelanja 65 juta pound (RM362 juta) untuk membina pusat latihan yang dilengkapi pelbagai kemudahan khas buat Messi dan rakan seperjuangan di Catalan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya