Messi tak nampak masa depan di Barcelona - Utusan Malaysia

Messi tak nampak masa depan di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Lionel Messi memberitahu pengurus baharu Barcelona, Ronald Koeman dia sudah tidak nampak masa depannya di Camp Nou.

Perkara itu diluahkan Messi dalam satu temu bual di radio Catalan bersama Koeman sehari selepas ketibaan pengendali dari Belanda itu.

Hanya berbaki setahun kontrak Messi bersama Barca, dia difahamkan tidak lagi berminat untuk kekal bersama gergasi Sepanyol itu.

Musim suram buat Messi dan Barcelona apabila gagal mempertahan gelaran La Liga, diikuti kekalahan memalukan 2-8 kepada Bayern Munich pada suku akhir Liga Juara-Juara, menyaksikan pengendalinya, Quique Setien dan pengarah bola sepak, Eric Abidal dipecat.

Meskipun Presiden Barcelona, Josep Bartomeu mengakui Messi akan terus bersama mereka tetapi pemain itu menunjukkan sikap sebaliknya.

Manchester City berminat menandatangani Messi dan bakal menyaksikan dia kembali bekerjasama dengan Pep Guardiola, namun Inter Milan juga antara pilihan untuk mendapatkan Messi jika dia meninggalkan Barca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN