Masa terbaik tukar duit jadi trofi - Utusan Malaysia

Masa terbaik tukar duit jadi trofi

KYLIAN Mbappe (kiri) dan Neymar yang memaksa PSG berbelanja besar menjadi sandaran utama mereka untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Selepas melakukan transformasi sehingga 1.1 bi­lion pound (RM6.08 bilion) sejak 2011, sekarang masa terbaik buat Paris Saint-Germain (PSG) membalas pelaburan besar yang dikeluarkan pemilik mereka, Tamim Hamad Al Thani.

Sejak mengambil alih kelab Perancis itu sembilan tahun lalu, pelaburan Tamim telah dibalas dengan deretan trofi domestik, namun PSG tidak pernah memenangi kejuaraan tertinggi Eropah.

Membawa masuk Neymar dari Barcelona dan Kylian Mbappe (Monaco) sahaja menelan 360 juta pound (RM1.99 bilion).

Ketika menang 3-0 ke atas RB Leipzig dalam separuh akhir Liga Juara-Juara, kesebelasan utama PSG tidak termasuk Edinson Cavani dan Mauro Icardi bernilai 540.1 juta pound (RM2.98 bilion).

Menurut Transfermarkt, nilai PSG keseluruhannya adalah 703.6 juta pound (RM3.89 bilion).

Jumlah itu amat tinggi diban­dingkan lawan mereka dalam final Liga Juara-Juara Isnin ini (3 pagi waktu Malaysia), Bayern Munich yang dianggarkan 90.1 juta pound (RM498 juta).

Penyerang Bayern, Robert ­Lewandowski dan Thomas Muller tidak menelan belanja besar.

Pemain termahal Bayern adalah penjaga gol, Manuel Neuer yang dibeli dari Schalke dengan harga 27 juta pound (RM149.2 juta) pada 2011.

Kos keseluruhan Bayern ha­nyalah 330 juta pound (RM1.82 bilion), kurang separuh daripada nilai PSG.

Apakah wang mampu mempengaruhi final Liga Juara-Juara Isnin ini? Yang pasti Bayern menjadi pilihan untuk memburu kejuaraan Eropah keenam dan PSG masih mencari trofi pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya