Marquez terpaksa tunggu sebulan lagi - Utusan Malaysia

Marquez terpaksa tunggu sebulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara MotoGP dunia, Marc Marquez hanya boleh kembali berlumba pertengahan September depan, sekali gus bakal terlepas dua perlumbaan di Austria bulan ini.

Penunggang Honda itu belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan tangan dan tempatnya akan diambil alih pelumba uji, Stefan Bradl.

Perkara tersebut disahkan oleh Bradl yang menyuarakan keterujaannya untuk beraksi dalam dua perlumbaan di Austria.

“Bermakna selepas keluar dari Litar Brno, saya akan beralih ke Austria, menikmati Styria yang hijau dengan landskap yang cantik.

“Gembira dapat terus bersama HRC (Honda Repsol Corporation) untuk mengharungi dua lagi perlumbaan di Red Bull Ring,” tulis Bradl dalam Twitter.

Marquez, 27 patah tulang lengan ketika beraksi dalam perlumbaan pertama musim ini di Jerez dan terpaksa menjalani pembedahan memasukkan empat plat titanium.

Dia hanya dijangka kembali berlumba dalam Grand Prix (GP) San Marino pada 13 September.

Itu bermakna pelumba Sepanyol itu terlepas empat perlumbaan musim ini, sekali gus memberi tekanan kepadanya dalam misi mempertahankan kejuaraan dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya