Malaysian Tigers tagih pengalaman Arul - Utusan Malaysia

Malaysian Tigers tagih pengalaman Arul

ARUL SELVARAJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengalaman luas Arul Selvaraj membimbing kelab di Afrika Selatan dan Ireland, selain membantu UniKL merangkul kejuaraan liga tempatan membolehkannya dipilih sebagai ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan yang baharu.

Pelantikan Arul yang menggantikan Roelant Oltman berkuat kuasa 15 Ogos ini datang bersama tugasan besar mempersiapkan pasukan menghadapi Sukan Asia 2022 di China, selain merangka program bersesuaian untuk pasukan kebangsaan.

Dia juga diberi kebebasan memilih pemain untuk menyertai skuad kebangsaan menerusi Piala Razak, Piala Sultan Azlan Shah dan Liga Hoki Remaja.

Arul sebelum ini diserap dalam barisan kejurulatihan skuad senior kebangsaan sebagai Ketua Penolong Jurulatih, namun beliau pulang ke tanah air dari Dublin dengan jawatan berbeza iaitu sebagai Ketua Jurulatih.

Dia dijangka tiba dalam tempoh dua minggu ini dengan kontrak dua tahun, sementara pembantunya, Mohd. Amin Rahim dilantik sebagai pengendali sementara bersama Mohd. Nasihin Nubli.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Oltman meletak jawatan kerana mahu bersama keluarga di Belanda ekoran pandemik Covid-19 yang semakin buruk.

“Keputusan Roelant ini dibuat atas persetujuan bersama. Dia juga yakin Piala Juara-Juara Asia di Dhaka tidak akan berlangsung kerana pandemik yang melanda dunia ketika ini. Atas dasar itu dia mengambil keputusan memendekkan kontraknya.

“Ini bukan sesuatu yang mengejutkan dan pemilihan Arul dibuat oleh Roelant sendiri selepas mendapat persetujuan jawatankuasa kejurulatihan,” Subahan dalam sidang akhbar di Bukit Jalil semalam.

Arul dilihat sebagai jurulatih tempatan terbaik ketika ini selepas membantu UniKL meraih gelaran treble Liga Hoki Malaysia pada Februari lalu dengan menjuarai liga, Piala Sumbangsih dan Piala TNB.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya