Luqman punca warga maya 'serang' Twitter Kortrijk - Utusan Malaysia

Luqman punca warga maya ‘serang’ Twitter Kortrijk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah sekian lama ‘sendu’, Twitter rasmi KV Kortrijk tiba-tiba diserang warga maya Malaysia selepas kelab bola sepak Belgium itu mengumumkan kehadiran Luqman Hakim Shamsudin, semalam.

Menerusi laman sosial itu, Kortrijk memuat naik video menarik tentang kemasukan penyerang muda tersebut di samping keterangan ‘selamat datang Luqman’.

“Hakim sertai KV Kortrijk dan menandatangani lima tahun kontrak!” tulis kelab itu menerusi Twitter @kvkofficieel.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial itu memaparkan seorang penyokong teruja dengan kehadiran Luqman dengan beberapa maklumat berhubung seperti tarikh lahirnya dan dari akademi mana.

Pada penghujung video yang berdurasi 1 minit 38 saat itu, Luqman menzahirkan rasa teruja, bangga dan mengakui tidak sabar untuk mewakili kelab divisyen satu tersebut, sebelum mengucapkan ‘tot ziens’ (selamat tinggal dalam bahasa Belanda).

Sehingga kini, video tersebut mencatat lebih 170,000 tatapan di samping 9,000 ulang ciap serta 6,900 menyukai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya