Luqman ledak gol pertama - Utusan Malaysia

Luqman ledak gol pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suasana baharu dan cabaran berbeza tidak menjadi halangan buat Luqman Hakim Shamsudin untuk mencipta impak dalam penampilan sulung bersama KV kortrijk.

Hari ini, penyerang remaja sensasi itu melaungkan amaran awal kehadirannya di Belgium apabila meledak gol pertama.

Walaupun mewakili skuad bawah 21 tahun Kortrijk, Luqman membuktikan dia mampu menyesuaikan diri dengan cepat hanya dua minggu selepas tiba di Belgium.

Jaringan sensasi pemain berusia 18 tahun itu bagaimanapun gagal membantu skuad KV Kortrijk daripada tumpas 1-4 kepada KRC Gent.

Menerusi video yang dikongsi KV Kortrijk dalam media sosial, jaringan itu terhasil menerusi ‘trademark’ Luqman, larian pantas sebelum mencuri bola daripada pertahanan lawan dan melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol KRC Gent.

 
Graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu mengikat kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk, sekali gus muncul pemain Malaysia pertama beraksi dalam liga utama Eropah.

Luqman dikehendaki menjalani semi kuarantin 14 hari dan dua ujian Covid-19 sebelum dibenarkan berlatih bersama pasukan.

Perlawanan menentang KRC Gent adalah aksi pertama penyerang Bawah 19 tahun negara itu sejak berlepas ke Belgium dua minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya