Lilitan kapten Maguire terancam - Utusan Malaysia

Lilitan kapten Maguire terancam

HARRY MAGUIRE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Harry Maguire mungkin hilang lilitan kapten Manchester United selepas dua hari ditahan dalam lokap di Greece gara-gara menumbuk polis dan cuba memberi rasuah.

Bintang pertahanan England itu terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan pelancong dari Britain sebelum menjadi sangat agresif terhadap pegawai yang tiba untuk mengawal keadaan di sebuah bar di Pulau Mykonos.

Tindakan tiga warga England termasuk Maguire yang cuba melawan secara fizikal dan lisan menyaksikan mereka ditangkap.

Pengurusan United ­telah sedia maklum dengan insiden yang melibatkan pemain pertahanan termahal dunia itu.

“Kelab telah menerima laporan berkenaan kejadian yang melibatkan Harry Maguire di Mykonos malam tadi.

“Dia telah memberi kerjasama dengan pihak berkuasa di sana, buat masa ini kelab tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan,” kata United kepada Daily Star.

Jika Maguire didapati membawa imej buruk kepada kelab, pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer mungkin meluncutkan lilitan kapten yang dipakai.

Maguire, 27, menghabiskan semalaman dalam lokap bersama dua lagi lelaki dipercayai pemain bola sepak berusia 28 dan 29 tahun.

Mereka akan dipindah ke pulau bersebelahan, Syros untuk dihadapkan ke mahkamah.

Hukuman maksimum kesalahan rasuah di Greece ialah tiga tahun penjara tetapi ­Maguire menafikan salah laku berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya