Liga Woodball Piala Raja Muda Perlis bersambung 12 September depan - Utusan Malaysia

Liga Woodball Piala Raja Muda Perlis bersambung 12 September depan

TUANKU Syed Faizuddin (dua dari kiri) memukul bola dalam permainan woodball pada majlis perasmian Gelanggang Woodball Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Beseri, Perlis hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kejohanan Liga Woodball Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) 2020 yang terpaksa ditangguhkan sejak beberapa bulan lalu berikutan pandemik Covid-19 bakal disambung semula 12 September depan.

Presiden Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs), Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejohanan kali keempat yang diadakan sejak 2017 itu merupakan pertandingan woodball terbesar melibatkan lebih daripada 50 buah agensi dan jabatan awam dari seluruh negeri ini. 

Katanya, turut dilaksanakan kembali ialah Piala Presiden PWNPs yang diperkenalkan sejak tahun lalu di mana pasukan yang gagal mara ke pusingan kedua dalam Kejohanan PTSFP akan bertanding pula untuk merebut Piala Presiden PWNPs yang diadakan secara serentak dengan Piala TSFP. 

“Pasukan yang kurang bernasib baik ke peringkat seterusnya masih berpeluang merebut Piala Presiden PWNPs,” katanya selepas majlis perasmian Gelanggang Woodball Rejimen 504 Askar Wataniah yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kem Bukit Keteri, Beseri, di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PWNPs, Zaharin Haris memberitahu, penganjuran kejohanan tersebut akan tetap dilaksanakan pada tahun ini bagi menyemarakan semangat kesukanan antara penjawat awam di negeri ini.

Jelasnya, penganjuran tersebut juga sebagai persediaan awal Perlis untuk menganjurkan Kejohanan Woodball Piala Dunia kesembilan yang melibatkan sekurang-kurangnya 25 buah negara pada Julai 2021.

“Pada asalnya kejohanan tersebut sepatutnya berlangsung bulan lalu tetapi ia terpaksa ditangguhkan oleh Persekutuan Woodball Antarabangsa (IWF) ke Julai tahun depan,” ujarnya.

Menurut beliau, penganjuran acara tersebut akan menjadi suatu cabaran hebat bagi membiasakan diri dalam norma baharu dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) permainan yang dikemas kini mengikut panduan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Namun begitu, kata beliau, cabaran tersebut hanyalah satu permulaan dalam memastikan semangat dan kemeriahan sukan woodball di Perlis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya