Liga M ditunda ke 28 Ogos - Utusan Malaysia

Liga M ditunda ke 28 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perlawanan Liga Malaysia (Liga M) yang sepatutnya bersambung 26 Ogos ini ditunda dua hari lagi.

Keputusan itu diputuskan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Ke-22 hari ini selepas mengambil kira pelbagai faktor susulan penundaan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, penetapan pertandingan MFL tertakluk kepada kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

MFL yakin pindaan tarikh sepak mula itu sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pasukan yang hanya akan bermain di hujung minggu dan memiliki tempoh rehat serta persiapan lebih lama.

“Perancangan kalendar turut mengambil kira tarikh baharu Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang bermula 17 Oktober sehingga 4 November depan melibatkan Johor Darul Ta’zim, selain penundaan Piala AFF 2020.

“Apa yang pasti, susulan daripada penundaan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, MFL juga memiliki tarikh-tarikh simpanan di antara 10 hingga 29 November ini.

“Perlawanan Liga M musim ini tetap dilaksanakan seperti dirancang untuk menentukan pemenang liga secara rasmi bagi kelayakan AFC, ACL dan Piala AFC,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

MFL sebelum ini mengumumkan Liga M kembali bersambung Rabu depan selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu akibat pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya