Lang Merah menang biarpun gaji tertunggak - Utusan Malaysia

Lang Merah menang biarpun gaji tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gaji tertunggak bukan menjadi tembok penghalang untuk Kedah menewas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam aksi sambungan Liga Super musim ini, sebentar tadi.

Saingan di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan Tchetche Kipre muncul wira Kedah apabila meledak dua gol masing-masing pada babak pertama.

Penyerang dari Ivory Coast itu membuka jaringan pada minit ke-29 selepas menyempurnakan sepakan penalti, disusuli gol kedua pada minit ke-36.

“Bukan mudah untuk mengharungi perlawanan selepas lebih lima bulan tidak beraksi di pentas kompetitif.

“Mereka telah mempamerkan aksi bertenaga dan penuh semangat. Saya gembira dengan persembahan anak-anak buah saya.

“Perlawanan yang agak sukar sebenarnya pada malam ini, namun apa yg penting kami memperoleh tiga mata penting,” kata jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak selepas tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Lang Merah memungut tujuh mata setelah menang dua, seri sekali dan tewas dua.

Difahamkan, gaji skuad Lang Merah masih tertunggak dan dijangka dapat dilunaskan dalam tempoh seminggu selepas perlawanan malam ini.

Kedah bakal melayani kunjungan Petaling Jaya City bagi mengharungi perlawanan keenam, Sabtu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya