KIP terpaksa lupakan GP Styria - Utusan Malaysia

KIP terpaksa lupakan GP Styria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Khairul Idham Pawi terpaksa mengambil keputusan sukar menarik diri daripada Grand Prix Styria di Spielberg hujung minggu ini kerana masih dibelenggu kecederaan jari.

Khairul, 22, yang terkenal dengan julukan KIP berkata, kesukaran menekan brek memaksanya melupakan pusingan keenam dalam kejuaraan motosikal dunia itu.

Pelumba Moto3 Petronas Sprinta Racing itu akan ke Barcelona hari ini untuk mendapatkan rawatan dan cuba kembali pada perlumbaan di Masino, 13 September ini.

“Saya boleh menunggang motosikal tetapi tidak boleh berlumba seperti dimahukan dan tidak dapat memberi aksi maksimum.

“Ia detik yang sukar kerana saya sudah berdepan masalah sama sejak tahun lalu dan sekarang ia berulang.

“Terpaksa melupakan perlumbaan hujung minggu ini satu keputusan berat tetapi kami bersetuju ini adalah yang terbaik,” kata Khairul dalam satu kenyataan semalam.

Khairul retak jari kelengkeng kanan selepas terlibat dalam kemalangan pada GP Republik Czech, 9 Ogos lalu.

Sebelum ini, dia pernah mengalami kecederaan di bahagian sama sehingga terpaksa berehat panjang pada musim terakhir dalam kelas Moto2 tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya