KFA mahu berunding dengan Aliff Syukri - Utusan Malaysia

KFA mahu berunding dengan Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah menghantar surat kepada pengasas D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd., Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bagi mempelawa beliau untuk berunding berhubung hasratnya membeli atau menaja pasukan Lang Merah.

Presidennya, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau telah menandatangani surat itu untuk dihantar kepada hartawan tersebut, minggu lalu.

Menurutnya, langkah tersebut menunjukkan keseriusan KFA untuk berunding supaya apa yang dinyatakan, tidak hanya menjadi tajuk di dada akhbar semata-mata.

“Kita nak runding betul-betul dan ingin mengetahui apa bentuk perjanjian yang dimahukan. Kalau beliau mahu datang secara sukarela kita ucap Alhamdulillah.

“Jika beliau mahukan sesuatu yang boleh kita beri, insya Allah kita usahakan tetapi kalau yang diminta itu sesuatu yang tak boleh diberikan, kita berhenti setakat itu sajalah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan pengasas syarikat kosmetik terkenal itu berminat untuk membeli pasukan tersebut sekali gus menjadi pemilik penuh Lang Merah seperti mana syarat penswastaan ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada semua pasukan sebelum ini.

Pada 2016, Aliff pernah dikaitkan untuk menaja pasukan sama, namun perbincangan antara kedua-dua belah pihak akhirnya menemui jalan buntu.

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata, pihaknya dalam masa telah berjumpa dengan ramai pihak yang berpotensi untuk menjadi penaja.

“Ada yang positif dan ada yang senyap begitu saja. Tetapi kita akan tetap teruskan perjuangan memantapkan pasukan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya