Kerinduan peminat Harimau Malaya berpanjangan - Utusan Malaysia

Kerinduan peminat Harimau Malaya berpanjangan

PERLAWANAN kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sepatutnya berlangsung Oktober ini ditangguhkan, tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerinduan peminat bola sepak untuk melihat aksi Harimau Malaya terus berpanjangan selepas tiada perlawanan melibatkan skuad kebangsaan akan berlangsung sehingga hujung tahun.

Hari ini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekali lagi menangguhkan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sepatutnya diadakan, Oktober ini.

Keputusan dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa pandemik Covid-19 di seluruh dunia, dan FIFA memutuskan perlawanan ditunda ke tahun depan.

AFC dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan tarikh baharu bagi aksi kelayakan itu akan dimaklumkan kelak.

“Bertujuan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan semua pasukan, FIFA dan AFC akan terus bekerjasama memantau keadaan di rantau ini dengan teliti bagi mengenal pasti tarikh baru untuk aksi kelayakan,” kata AFC.

Penundaan itu turut membabitkan aksi Harimau Malaya dalam Kumpulan G yang sebelum ini dijadualkan akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE), 8 Oktober depan, menentang Vietnam (13 Oktober) dan Thailand (17 November).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya