Kemenangan buat Reyes, Puerta - Utusan Malaysia

Kemenangan buat Reyes, Puerta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOGNE: Jesus Navas mendedikasikan kejuaraan Liga Europa buat bekas rakan sepasukan, Jose Antonio Reyes yang terkorban dalam kemalangan kereta tahun lalu serta Antonio Puerta yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2007.

Kapten Sevilla itu membantu pasukannya muncul juara Liga Europa kali keenam selepas menewaskan Inter Milan 3-2 dalam aksi sengit awal pagi tadi.

Navas yang mengetuai jentera serangan kelab Sepanyolitu memuji Reyes dan Puerta.

Reyes yang beraksi dalam tiga kejuaraan Liga Europa yang dimenangi Sevilla, maut pada Jun tahun lalu.

Puerta pula meninggal dunia pada usia 22 tahun selepas mengalami serangan jantung dalam satu perlawanan, Ogos 2007.

“Kejayaan merangkul piala ini selaku kapten Sevilla amat besar maknanya buat saya. Ia kemenangan buat semua orang dan rakan-rakan yang tidak lagi berada di sini – untuk Puerta, Reyes.

“Ia juga buat bapa angkat saya yang sudah meninggal dunia. Saya harap peminat Sevilla berbangga dengan kami,” kata Navas.

Navas turut memuji Julen Lopetegui, dua tahun selepas dia dimalukan kerana dipecat sebagai jurulatih Sepanyol menjelang aksi Piala Dunia 2018.

Lopetegui kemudian hanya bertahan selama 14 perlawanan sebagai pengendali Real Madrid.

“Lopetegui berkerja 24 jam sehari untuk Sevilla, dia berhak di atas kejayaan ini,” kata Navas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya