Kem AS Roma 'diserang' Covid-19 - Utusan Malaysia

Kem AS Roma ‘diserang’ Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Kelab Serie A, AS Roma terpaksa menangguhkan latihan musim baharu selepas empat pemain mereka positif Covid-19 semalam.

Selepas penjaga gol Antonio Mirante positif minggu lalu, tiba giliran penyerang Sepanyol, Carles Perez turut dijangkiti Covid-19, selain bek kanan, Bruno Peres yang turut mengalami masalah sama tetapi tanpa gejala.

“Saya hormati proses kuarantin tetapi saya tidak sabar kembali bersama pasukan,” kata Peres merujuk kepada liga Itali yang akan kembali bersambung pada 19 September ini.

Penyerang Belanda, Justin Kluivert menjadi pemain keempat diuji positif selepas pulang dari bercuti di Belanda dan Ibiza di Sepanyol, menurut laporan Sky Sport Italia dan Gazzetta Dello Sport .

Kelab lain di Itali turut melaporkan beberapa kes positif dalam kalangan pemain dan staf yang pulang dari bercuti.

Jurulatih Bologna, Sinisa Mihajlovic yang menjalani rawatan leukemia sejak tahun lalu diuji positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin.

Kelab Sardinia, Cagliari turut mempunyai empat pemain dijangkiti Filip Bradaric, Luca Ceppitelli, Alberto Cerri dan Kiril Despodov manakala Sassuolo mengumumkan penyerangnya, Jeremie Boga juga positif.

Penyerang Napoli, Andrea Petagna turut dijangkiti manakala Torino mengumumkan dua kes tanpa mendedahkan nama mereka, begitu juga kelab yang baharu dinaikkan, Benevento. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN