Kelantan ditimpa malang berganda - Utusan Malaysia

Kelantan ditimpa malang berganda

WAKIL PUC Sport ( kiri) menyampaikan sumbangan jersi terakhir kepada pasukan Kelantandi Padang Mardi Pasir Tumboh, Kota Bharu semalam. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sudah jatuh ditimpa tangga.

Itu nasib Kelantan ketika ini apabila PUC Sport menarik diri sebagai penaja pakaian rasmi The Red Warriors (TRW) semalam, tiga hari selepas dipotong tiga mata kerana isu tunggakan gaji.

PUC Sport adalah penaja kedua tidak meneruskan komitmen kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas After Image Sdn. Bhd. mengumumkan penarikan diri sebagai rakan kongsi utama 25 Mei lalu.

Keputusan drastik tersebut diambil PUC Sport berikutan kekangan kewangan dihadapi syarikat itu.

Pengarah Urusannya, Mohd. Shukry Pauzi berkata, mereka tidak mampu meneruskan penajaan disebabkan beberapa faktor, antaranya penjualan jersi Kelantan tidak mencapai sasaran.

Katanya, PUC Sport juga terpaksa berundur susulan perniagaan mengalami kerugian disebabkan pandemik Covid-19 dan tiada bantuan dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk membantu melariskan penjualan jersi.

“Sebagai permulaan PUC Sport akan membuat lelongan besar-besaran sehingga 50 peratus pakaian rasmi TRW.

“Ia melibatkan 8,000 jersi dewasa dan kanak-kanak menjelang perlawanan Liga Perdana menentang UKM 22 Ogos ini.

“Sepanjang musim 2020 pihak PUC Sport telah membuat yang terbaik dengan membekalkan pakaian kepada pemain. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada pihak kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, sebagai tanda sokongan terakhir, PUC Sport turut menyumbang jersi kepada pemain-pemain dan barisan kejurulatihan sebelum mereka memulakan latihan di Padang Mardi Pasir Tumboh kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya