Juventus mungkin rehatkan Ronaldo - Utusan Malaysia

Juventus mungkin rehatkan Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurulatih Juventus, Maurizio Sarri mungkin akan merehatkan penyerang prolifik Cristiano Ronaldo untuk aksi terakhir Serie A musim ini menentang AS Roma awal pagi nanti.

Juve sudahpun memenangi gelaran juara Itali, yang juga kesembilan berturut-turut, dengan saingan tersebut seminggu awal untuk mereka berdepan misi wajib menang ke atas Lyon dalam pertemuan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara selepas ketinggalan defisit 0-1.

Ronaldo tidak pernah tercicir dalam perlawanan sejak bola sepak Itali bersambung semula susulan pandemik Covid-19 pada Jun lalu.

Pemain berusia 35 tahun itu mengumpul 31 jaringan dalam saingan liga musim ini.

Bagaimanapun, dengan penyerang Lazio, Ciro Immobile berkelebihan empat gol di depan Ronaldo untuk menamatkan saingan selaku pemenang Kasut Emas, menyebabkan Sarri berfikir untuk merehatkan Ronaldo termasuk pemain lain bagi berdepan Lyon.

“Siapa yang akan beraksi nanti terpulang kepada keperluan pemain, yang mana ingin berehat dahulu atau yang cergas untuk beraksi.

“Pertemuan menentang Roma dan Lyon perlawanan yang sangat berlainan daripada segi keperluan dan mentaliti. Kami perlu memulihkan semua tenaga secepat yang mungkin.

“Esok, sesiapa yang cergas untuk bermain, kami akan turunkan dan meraikan kejayaan di Serie A bersama. Ayuh lihat keadaan Cristiano esok. Dia salah seorang pemain yang beraksi sepenuhnya sepanjang musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya