Juventus julang trofi selepas kalah - Utusan Malaysia

Juventus julang trofi selepas kalah

PEMAIN Juventus menerima trofi juara Serie A sejurus tamat perlawanan terakhir liga Itali menentang Roma di Stadium Allianz, Turin awal pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Maurizio Sarri percaya ‘sedikit ketakutan amat baik bagi pasukan’ sebagai persediaan Juventus berdepan Lyon dalam saingan Liga Juara-Juara selepas mereka tewas 1-3 kepada Roma pada perlawanan akhir Serie A musim ini awal pagi tadi.

Juventus turun dengan rekod 39 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri sejak April 2018, namun pencapaian tersebut tercalar selepas Diego Perotti meledak dua gol sekali gus mengatasi jaringan pembukaan Gonzalo Higuain di Allianz Stadium Allianz.

Skuad Bianconeri dikalungkan gelaran juara buat kali kesembilan berturut-turut walaupun sekadar menang dua daripada lapan perlawanan liga terakhir mereka.

Jurulatih Juve, Sarri mengakui mentaliti pasukannya mulai jatuh sejak menumbangkan Lazio pada 20 Julai lalu.

MAURIZIO Sarri bersama trofi Serie A. – AFP

Sarri menyedari Juve perlu menumpaskan Lyon yang menang 1-0 dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir sebelum pandemik Covid-19 merehatkan saingan tersebut.

“Sedikit ketakutan bagus untuk kami. Selepas Lazio, kami dapat rasakan kami sudah menang gelaran dan menyebabkan mentaliti kami merudum.

“Sekarang kami perlu berada dalam keadaan bersedia untuk berdepan Lyon di Liga Juara-Juara.

“Kami akan bermula dengan ketinggalan 0-1 dan situasi ini sangat sukar bagi kami,” kata Sarri kepada Sky Sports Italia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya