Juventus buka pintu untuk Suarez - Utusan Malaysia

Juventus buka pintu untuk Suarez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Luiz Suarez berpeluang beraksi bersama Juventus musim depan selepas pengendalinya, Andrea Pirlo mempertimbangkan langkah untuk mengambil penyerang ‘buangan’ Barcelona itu.

Juventus bakal kehilangan jentera serangan apabila Pirlo baru-baru ini merancang untuk menjual Gonzalo Higuain.

Suarez, 33, belum pernah beraksi di Serie A, namun hanya berpindah ke Barcelona dari Liverpool pada 2014, dan sebelum itu dia bersama Ajax.

Susulan kehadiran pengendali baharu Ronald Koeman, Suarez bagaimanapun tiada dalam senarai nama pemain yang akan kekal bersama Barca, dengan penyerang tersebut segera meminta penjelasan daripada Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu.

“Ada beberapa nama Presiden senaraikan mengenai perubahan yang boleh dilakukan, tetapi tiada seorang pun yang bagitahu saya bahawa mereka mahu lakukan tanpa saya.

“Jika ini yang kelab inginkan, adalah lebih baik sesiapa yang menguruskannya datang berjumpa dengan saya.

“Saya bersama Barca selama enam tahun, cukuplah apa yang mereka fikirkan terhadap saya.

“Lebih baik cakap terus kepada saya bahawa saya salah seorang yang akan dikeluarkan,” kata Suarez ketika ditemubual El Pais.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN