KUALA LUMPUR: Luqman Hakim Shamsudin akan memakai jersi No. 9 bersama pasukan baharunya, KV Kortrijk.
Perkara itu disahkan kelab Belgium tersebut dalam Facebook rasmi mereka tidak sampai sejam selepas penyerang remaja sensasi Malaysia tersebut tiba di Brussels hari ini.
Kortrijk turut mengucapkan selamat datang kepada pemain berusia 18 tahun itu dengan menyiarkan video eksklusif pengenalan Luqman.
Terbaru, KV Kortrijk melancarkan peraduan kepada peminat untuk memenangi jersi yang akan dipakai Luqman bersama kelab berkenaan.
Peminat hanya perlu menekan butang ‘like’ dan kongsikan video di laman sosial kelab itu serta menandakan atau ‘tag’ dua kenalan.
Luqman perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari sebelum menyertai latihan skuad utama Kortrijk.
?? ʜᴀᴋɪᴍ ʟᴜǫᴍᴀɴ #9️⃣
Win a signed shirt from Luqman!
❤️ Like this post
? Retweet this post
? Tag 2 friends who need to see Luqman's number!?⚪ #HL9 #COYR pic.twitter.com/ry8uQeeJUO
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) August 13, 2020