Jari KIP makin sembuh - Utusan Malaysia

Jari KIP makin sembuh

KHAIRUL IDHAM PAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua perlumbaan Grand Prix (GP) melibatkan Austria dan Styria yang menggunakan litar sama di Red Bull Ring dilihat sebagai peluang terbaik pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi merawat keretakan jari kelingking kanannya.

Jelas Khairul, kecederaan itu semakin baik selepas mendapat rawatan daripada pasukan perubatan MotoGP, Clinica Mobile.

Pelumba berusia 22 tahun itu menjangkakan perlumbaan di litar tersebut mencabar dan memerlukan kecekapan serta kekuatan menarik picu brek ketika mengambil selekoh tajam.

“Clinica Mobile telah memberikan saya alat bantuan bagi menghentikan pergerakan jari, jadi membolehkan anggota tersebut berehat sebaik mungkin sebelum berlumba.

“Ia sangat penting kerana saya tahu GP Austria sangat mencabar bagi saya kerana kecederaan ini. Ini kerana ia memerlukan kekuatan menarik picu brek ketika mengambil selekoh tajam.

“Kami perlu faham apa yang boleh kami buat untuk membantu jari saya agar segera sembuh. Saya akan bekerja keras dan kita lihat apa yang boleh dilakukan di sana (litar Red bull Ring),” kata Khairul atau lebih dikenali
sebagai KIP menerusi kenyataan pasukan semalam.

Pelumba Petronas Sprinta Racing itu retak jari selepas terlibat dengan kemalangan dalam GP Republik Czech minggu lalu.

Pelumba kelahiran Kampung Gajah, Perak itu sebelum ini pernah mengalami kecederaan di bahagian yang sama sehingga dia terpaksa berehat panjang pada musim terakhirnya dalam kelas Moto2, tahun lalu.

“Tahun lepas saya tidak dapat berlumba di sini. Sudah lama saya tidak berada di litar ini, tetapi kami mempunyai dua hujung minggu di trek yang sama jadi ia akan membantu saya dalam dua perlumbaan seterusnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya