'Jantung saya hampir berhenti' - Utusan Malaysia

‘Jantung saya hampir berhenti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lewis Hamilton mengakui, dia tidak pernah berdepan suasana amat dramatik seperti yang dilalui ketika memenangi Grand Prix Britain dengan tayar pancit, semalam.

Juara Formula Satu (F1) dunia enam kali itu tampak selesa di Litar Silverstone ketika dia memenangi perlumbaan ketujuh di tempat sendiri.

Bagaimanapun di penghujung perlumbaan, pemandu Britain itu hampir dikejar pelumba Red Bull, Max Verstappen, yang hanya ketinggalan 5.856 saat di belakang.

Hamilton berdepan masalah tayar depan kiri pada pusingan terakhir, sebelum ia pecah sepenuhnya ketika perlumbaan hampir tamat.

“Menuju ke pusingan akhir semua berjalan lancar, tayar saya nampak bagus.

“Valtteri (Bottas, rakan sepasukan Mercedes) memberi cabaran sengit tetapi saya masih dapat mengendalikan kereta dengan baik.

“Saya sempat tengok tayarnya, semua nampak OK, jadi saya fikir saya punya juga pasti OK.

“Kereta tidak ada masalah ketika itu, jadi saya fikir semua berjalan baik. Memasuki beberapa pusingan terakhir saya rasa kurang selesa sebelum akhirnya saya perasan apa yang berlaku, ia pancit.

“Perasaan amat mencemaskan! Saya teruskan pemanduan pada kelajuan sama, kadangkala kerta rasa tidak stabil dan sayap seperti nak patah.

“Oh Tuhan, saya hanya mampu berdoa agar tidak memandu terlalu perlahan. Saya hampir gagal meneruskan perlumbaan pada beberapa selekoh akhir,” kata Hamilton kepada Sky Sports. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya