Janganlah Liga M ditunda lagi - Utusan Malaysia

Janganlah Liga M ditunda lagi

DOLLAH Salleh (kanan) memberi arahan kepada pemainnya selepas perlawanan persahabatan menentang Terenggang FC II di Stadium Darul Makmur semalam. – PAHANG FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pandemik Covid-19 yang kembali menca­tat peningkatan kes meresahkan pasukan Liga Malaysia (Liga M) kerana saingan bola sepak tempatan berisiko ditunda buat kali kedua.

Kelmarin Malaysia mencatat 25 kes baharu iaitu yang tertinggi dalam tempoh sembilan hari.

Bagaimanapun semalam, hanya tujuh kes baharu dica­tatkan, sekali gus mencetuskan suasana tidak menentu, dua minggu sebelum Liga M bersambung 26 Ogos ini.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui, penundaan pasti menjejaskan moral pemain kerana mereka sudah ­melakukan persiapan rapi sebaik sahaja kerajaan membenarkan pasukan kembali berlatih, Jun lalu.

“Bagaimanapun Covid-19 melibatkan keselamatan dan nyawa manusia. Kalau kerajaan umum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan Liga M ditunda balik, kita terima dengan hati terbuka.

“Saya tetap berharap liga dapat bersambung seperti dirancang kerana kalau dihentikan balik, ia akan membuat semua orang ralat.

“Apa pun kita doa yang terbaik untuk negara,” kata Dollah kepada Mingguan Malaysia semalam.

Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan pula mahu semua pasukan mematuhi prosedur operasi ­standard (SOP) yang ditetapkan agar tidak berlaku ‘kluster bola sepak’ sebaik sahaja liga bermula.

“Ia (penundaan Liga M) kalau boleh berita terakhir kami mahu dengar.

“Sekarang, kami tidak mahu fikirkan dulu tentang perkara itu, sebaiknya tumpu kepada persiapan menghadapi perlawanan pertama 26 Ogos ini.

“Pegawai keselamatan dan perubatan pasukan sangat ber­disiplin dalam menjaga SOP.

“Pemain juga sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan pertama,” kata Zainal.

Melaka akan menentang ­Perak di Ipoh pada 26 Ogos sebelum menerima kunjungan Terengganu FC di Stadium Hang Jebat, 1 September.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya