Jangan guna jalan pintas - penyokong - Utusan Malaysia

Jangan guna jalan pintas – penyokong

NIK kif Syahiran Nik Mat (depan, kanan) menjalani latihan bersama skuad Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini. - IHSAN KELANTAN FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyokong The Red Warriors (TRW) menyelar tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mahu menjual pemain bintang untuk membayar hutang.

Presiden TRW Kota Bharu (TRWKB) Mohd. Zainy Mohd. Zain berkata, KAFA sepatutnya mencari dana menerusi penajaan dan bukan menggunakan ‘jalan pintas’ yang hanya me­rugikan pasukan.

Bintang tengah sensasi, Nik Akif Syahiran Nik Mat menjadi sasaran utama untuk dilepaskan .

KAFA meletakkan RM1 juta sebagai harga yang perlu dibayar mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu.

“Apa salahnya KAFA memujuk semula syarikat (penaja) lama seperti After Image Sdn. Bhd kembali bersama TRW. Langkah itu lebih baik daripada banyak bercakap umpama ‘tin kosong’,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kata Zainy, KAFA sepatutnya memberi kepercayaan kepada penyokong membantu pasukan yang ‘tenat’.

Katanya, TRWKB mendesak KAFA mengemukakan pelan komprehenstif bagaimana mereka mahu menyelamatkan Kelantan, termasuklah melangsaikan gaji.

Beliau difahamkan sudah empat bulan ‘dapur’ pemain dan pegawai TRW tidak berasap gara-gara tunggakan gaji itu.

“Bagaimana penyokong nak bantu kalau kami sendiri tidak tahu hala tuju KAFA.

“Jadi berilah kerjasama kepada kami untuk sama-sama membantu dan menyelamatkan bola sepak Kelantan,” katanya.

Kata Zainy, bola sepak adalah ‘hiburan’ yang cukup akrab de­ngan rakyat Kelantan.

Sukan tersebut menjadi medium terbaik dalam menyatukan seluruh rakyat negeri itu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya