DUSSELDORF: Dua jaringan Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez membawa Inter Milan ke final Liga Europa selepas membelasah Shakhtar Donetsk 5-0 awal pagi tadi.
Danilo D’Ambrosio turut mencetak nama buat skuad bimbingan Antonio Conte dalam aksi di Arena Esprit, Dusseldorf.
Ini adalah kemaraan pertama Inter ke final Liga Europa dalam tempoh 10 tahun, dan kelab Itali itu kini akan menentang Sevilla, Sabtu ini.
Inter melalui tempoh yang suram selama sedekad sejak merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara 2010.
Kedatangan Conte bagaikan memberi sinar baharu apabila pengurus berusia 51 tahun berjaya memberikan saingan sengit kepada Juventus dalam perebutan gelaran Serie A pada musim pertamanya.
Mereka hanya kalah dengan perbezaan satu mata kepada Juventus.
Kombinasi Martinez-Lukaku yang telah meledak 54 gol musim ini sekali lagi menjadi sandaran Inter apabila berdepan Sevilla. – AGENSI