Hatrik Depay bantu Lyon bermula langkah kanan - Utusan Malaysia

Hatrik Depay bantu Lyon bermula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON: Lyon memulakan saingan Ligue 1 musim 2020/21 dengan cemerlang apabila mengatasi Dijon 4-1 menerusi hatrik Memphis Depay dan gol sendiri Wesley Lautoa.

Gol saguhati pelawat dijaringkan Aurelien Scheidler dalam aksi yang berlangsung di Stadium Groupama awal pagi tadi.

Penyerang Belanda itu meraih gol pertamanya dalam Ligue 1 sejak Disember apabila terlepas separuh kedua musim yang dipendekkan akibat Covid-19 kerana kecederaan lutut sebelum Krismas.

“Saya sangat gembira menjaringkan tiga gol malam ini. Secara peribadi ia bukanlah perlawanan terbaik saya dan kami perlukan kemenangan dan itulah yang kami lakukan.

“Ia perasaan yang pelik apabila bergerak daripada satu musim ke musim berikutnya dengan sangat cepat,” katanya dengan perlawanan itu hadir hanya sembilan hari selepas Lyon tewas 3-0 kepada Bayern di Lisbon dalam aksi Liga Juara-Juara.

Pengarah sukan Lyon Juninho berkata akan ada pemain berpindah sebelum jendela perpindahan berakhir pada 5 Oktober ketika kelab berkenaan akan melalui musim pertama tanpa saingan Eropah sejak 1996-97.

Depay, bersama Houssem Aouar dan Moussa Dembele dikaitkan dengan perpindahan tetapi pemain berusia 26 tahun itu menegaskan dia kini fokus membantu Lyon untuk menamatkan dominasi Paris Saint-Germain dalam saingan liga.

“Saya fokus kepada Lyon. Saya mengimpikan kelab besar tetapi saya tidak sabar melakukan yang terbaik di sini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya