Grand Prix Malaysia 2021 samar? - Utusan Malaysia

Grand Prix Malaysia 2021 samar?

NASIB Grand Prix Malaysia 2021 bergantung kepada situasi Covid-19
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga hari selepas mengumumkan pembatalan Grand Prix Malaysia 2020, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengesahkan, nasib perlumbaan 2021 sukar dijangka.
Biarpun Malaysia mempu­nyai kontrak penganjuran dengan pemegang hak komersial, Dorna Sports sehingga 2021, namun situasi pandemik Covid-19 akan menentukan kedudukan mereka tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berharap perlumbaan itu dapat diadakan pada hujung tahun, sama seperti penganjuran yang terdahulu.

“Berdasarkan keadaan semasa, kami belum boleh dapat jangka apa yang berlaku pada tahun depan (giliran Malaysia dalam kalendar MotoGP 2021).

“Ini kerana buat masa sekarang kita masih dalam fasa pemulihan.

“Terdapat beberapa lagi fasa yang perlu kita hadapi daripada kerajaan dari segi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Bagaimanapun, apabila kita sudah berada di tahap akhir barulah kami boleh bagi gambaran lebih lanjut berhubung GP Malaysia pada tahun depan,” kata­nya dalam sidang video semalam.

AZHAN Shafriman Hanif

Jumaat lalu, debaran peminat sukan permotoran tanah air menanti nasib GP Malaysia 2020 berakhir dengan kekecewaan apabila perlumbaan yang sepatutnya berlangsung pada 1 November dibatalkan.

Dalam pada itu, Shafriman berharap kontrak penganjuran MotoGP dapat dilanjutkan dengan tempoh yang panjang memandang­kan ia bakal tamat pada 2021.

“Kontrak (SIC) dengan Dorna Sports sampai 2021. Kita juga ada bincangkan tentang lanjutan kontrak.

“Kalau kontrak perjanjian dan segalanya sudah di peringkat akhir, kami akan maklumkan. Apa yang boleh saya katakan kita tiada masalah dengan Dorna.

“Kita telah bekerjasama de­ngan mereka sejak 1999 dan MotoGP sangat dekat di hati peminat sukan permotoran tempatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya