LISBON: Jaringan pemain tengah Amerika Syarikat (AS), Tyler Adam minit ke-88 membantu RB Leipzig memahat sejarah mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas menewaskan Atletico Madrid 2-1, awal pagi tadi.
kelab Jerman yang ditubuhkan pada 2009 itu kini akan menentang gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) bagi memburu slot final.
Leipzig bermula agresif sebaik sahaja perlawanan bermula dan membuka jaringan menerusi Daniel Olmo pada minit ke-50.
Pemain muda sensasi, Joao Felix bagaimanapun menyamakan kedudukan buat Atletico dengan mennyempurnakan penalti, minit ke-71.
“Saya bukanlah penjaring tipikal anda tetapi saya gembira dapat membantu pasukan.
“Saya diberitahu tidak berada dalam kesebelasan utama tetapi perlu bersedia sebagai gantian. Gembira dapat memberi impak kepada pasukan.
“PSG adalah pasukan yang baik dan kami lihat apa yang mereka lakukan ketika menentang Atalanta (awal pagi semalam).
“Dengan pemain yang mereka miliki, kami perlu mengimbangi kekuatan mereka,” kata Adam,21, yang masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan itu. – AFP