FAM, MAS terus ‘terbang’ bersama - Utusan Malaysia

FAM, MAS terus ‘terbang’ bersama

HAMIDIN Mohd. Amin (empat dari kiri) bertukar cenderahati dengan Kapten Izham Ismail selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama di Petaling Jaya, hari ini. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memeterai kontrak lanjutan bersama Malaysia Airlines Berhad sebagai rakan penerbangan rasmi bagi tempoh tiga tahun lagi.

Badan induk itu akan terus ‘terbang’ bersama syarikat penerbangan nasional tersebut sehingga 2023 selepas perjanjian yang dimeterai selama dua tahun sebelum ini berakhir pada 31 Disember ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, lanjutan usaha sama itu adalah isyarat kerjasama yang terjalin sejak 2019 cukup baik sekalipun banyak aktiviti yang dirancang tahun ini terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Kerjasama FAM dan MAS ini cukup simbolik kerana kedua-duanya adalah jenama kebangsaan yang begitu sinonim dengan negara kita, Malaysia,” kata Hamidin dalam sidang akhbar selepas Kongres Tahunan ke-56 FAM di sini, semalam.

Majlis perjanjian usaha sama berlangsung di antara Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan, Malaysia Airlines Berhad, Lau Yin May.

Ia disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail.

“Kami teruja untuk memulakan babak seterusnya dalam kerjasama antara skuad bola sepak negara dengan syarikat penerbangan kebangsaan.

“Sejajar dengan Hari Kebangsaan yang akan tiba, ini masa terbaik untuk Malaysia Airlines dan FAM bergabung usaha serta terbang bersama membawa bendera Malaysia ke seluruh dunia,” kata Kapten Izham.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya