Dua jutawan Lembah Klang minat beli KL - Utusan Malaysia

Dua jutawan Lembah Klang minat beli KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua jutawan yang berpangkalan di Lembah Klang serius untuk memiliki skuad The Hawks.

Biarpun turut terdapat minat daripada beberapa individu lain, namun dua ahli perniagaan tersebut menunjukkan keseriusan.

“Kita tidak boleh dedahkan namanya kerana ia masih di peringkat rundingan.

“Apa yang boleh saya beritahu, dua individu itu telah berbincang secara serius dengan KLFA cuma belum ada kata putus.

“Pemilikan pasukan Kuala Lumpur masih terbuka kepada mana-mana individu atau syarikat yang berminat dan kita sedia bincang dengan syarat situasi menang-menang di antara kedua-dua pihak.

“Cuma, mereka jangan terus nak buat sesuka hati sebab FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) bagi masa dua tahun untuk persatuan melepaskan pasukan secara mutlak.

“Kena ingat lesen kelab masih perlu diuruskan oleh persatuan untuk saingan musim depan dan musim 2022 barulah kelab memohon sendiri.

“Jadi kalau boleh kita mahu individu yang boleh berkerjasama demi memajukan bola sepak Kuala Lumpur,” kata Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa
kepada Utusan Malaysia, semalam.

NOKMAN MUSTAFFA

Kuala Lumpur sebelum ini meletakkan syarat mana-mana individu atau syarikat yang berminat memiliki The City Boys perlu menyediakan minimum RM5 juta semusim buat masa ini.

Katanya, mengenai rundingan dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, KLFA belum berkesempatan menghubungi beliau namun akan cuba berhubung secepat mungkin.

“Ketika ini kita sedang sibuk dalam melengkapkan proses permohonan perlesenan kelab musim depan. Saya sendiri akan menghubungi Datuk Seri Vida untuk bertanya tentang minatnya kepada pasukan Kuala Lumpur.

“Kita tidak mahu melakukan kerja seperti melepaskan batok di tangga kerana mungkin akan timbul masalah kemudian hari.

“Buat masa ini kita sudah hampir melengkapkan proses penswastaan cuma masih mencari individu untuk menjadi CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) bagi memimpin kelab selepas proses permisahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya