Coman ganti Sancho - Utusan Malaysia

Coman ganti Sancho

KINGSLEY Coman meledak gol kemenangan Bayern Munich.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United mengancam untuk membatalkan pembelian Jadon Sancho jika Borussia Dortmund enggan berkompromi mengenai yuran perpindahan.
Dortmund tidak berganjak dengan harga 108 juta pound (RM594 juta) untuk pemain sayap berusia 20 tahun itu.

United menyifatkan kelab Jerman itu tidak rea­listik, apatah lagi ekonomi dunia kini berdepan krisis ekoran pandemik Covid-19.

Naib Pengerusi United, Ed Woodward memberi amaran kepada Dortmund mereka tidak teragak-agak membatalkan urus niaga, malah sudah mempunyai calon alternatif iaitu bintang tengah ­Bayern Munich, Kingsley Coman.

Red Devils juga enggan melayan tuntutan Dortmund yang meletakkan 10 Ogos sebagai tarikh tutup untuk membeli Sancho, selain gagal mencapai persetujuan peribadi dengan pemain sensasi England itu.

United kini lebih berhati-hati membeli pemain bagi mengelak kesilapan 2018 berulang apabila mereka membayar 560,000 pound (RM3.07 juta) seminggu untuk Alexis Sanchez yang jarang digunakan.

Biarpun Sancho masih berada pada senarai teratas sasaran United, namun gergasi Liga Perdana Inggeris itu tidak akan membenarkan mereka ‘dibuli’ oleh Dortmund.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN