City di 'petak pertama' beli Messi - Utusan Malaysia

City di ‘petak pertama’ beli Messi

LIONEL Messi kecewa selepas Barcelona dibelasah 8-2 oleh Bayern Munich di Lisbon semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City percaya, mereka berada pada petak pertama untuk membeli Lionel Messi jika bintang penyerang Argentina itu meninggalkan Barcelona.

The Citizens sanggup membayar berapa sahaja untuk membawa masuk Messi ke Etihad dan membolehkan pemain itu bekerjasama semula dengan jurulatih, Pep Guardiola.

Spekulasi Messi akan meninggalkan Camp Nou bertiup kencang selepas Barcelona dimalukan 8-2 oleh Bayern Munich pada suku akhir Liga Juara-Juara semalam.

Messi dilihat meninggalkan padang di Lisbon dalam keadaan amat kecewa, setahun selepas berdebat dengan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu mengenai hala tuju Barcelona.

City yang turut tersingkir dari Liga Juara-Juara selepas tunduk 1-3 kepada Lyon awal tadi berdepan satu cabaran besar jika serius untuk membeli Messi.

Pemain berusia 33 tahun itu mempunyai klausa belian 635 juta pound (RM3.49 bilion), jumlah yang amat tinggi untuk dipenuhi mana-mana kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya